Sunday, March 6, 2011

PENDAHULUAN


       Assalamualaikum w.b.t. saya Intan Nadia Binti Othman dari Program BM223 Group BMB2Bc telah menjayakan assignment CTU 551. Bagi menjayakan tugasan ini saya telah memilih tajuk tokoh iaitu seorang ustazah fardu ain. Bagi tugasan ini saya telah memilih jiran kawasan rumah saya untuk di temubual. Sebelum menjalankan temubual saya telah pergi ke rumah beliau untuk membuat temujanji bagi  memudahkan sesi temubual saya. Hal demikian kerana saya tidak  mahu mengganggu aktiviti beliau sekiranya tidak membuat temujanji terlebih dahulu. Pada awalnya saya telah pergi ke rumah beliau seorang diri kerana hanya ingin membuat temujanji. lagi pula beliau merupakan salah seorang dari kawan saya walaupun perbezaan umur 3 tahun. Pada petang itu saya pergi hanya sekadar untuk membuat temujanji tetapi beliau mempunyai  masa lapang dan membenarkan saya menjalankan temubual terhadap beliau sekiranya saya ingin menemubual pada waktu itu. Tetapi oleh kerana sudah agak lewat dan saya keseorangan saya bimbang untuk pulang seorang diri pada petang itu. Jadi saya telah memohon maaf dan menetapkan keesokan hari untuk menjalani temubual tersebut. Beliau bersetuju dengan cadangan saya itu. Pada keesokan harinya saya telah mengajak ibu saya untuk menemani saya  pergi ke rumah beliau dan Alhamdulillah temubual saya dan beliau berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment