Sunday, March 6, 2011

CITA-CITA/HARAPAN/OBJEKTIF


       Sebagai seorang ustazah beliau mempunyai satu objektif iaitu menyampaikan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah dan di pelajarinya, kepada generasi yang bakal memerintah Negara pada masa akan datang. Pengetahuan tentang asas-asas agama islam perlu diketahui oleh kanak-kanak zaman sekarang sebagai perisai hidup di hari yang mendatang dalam menempuh halangan dan pengaruh dunia yang kuat. Harapan beliau pula, agar boleh mengawal kelas dan menyampaikan ilmu sehingga pelajar faham dam mengamalkannya. Sebagai seorang pendidik beliau mahukan yang terbaik buat pelajar-pelajarnya dan memegang kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa para pelajar untuk membimbing anak-anak mereka. beliau juga berkata  seboleh-bolehnya beliau tidak mahu melihat pelajar-pelajarnya yang akan menjejak ke usia remaja ini terpengaruh dengan gejala social seperti tidak menutup aurat dan pergaulan bebas bagi kaum hawa dan terpengaruh dengan gejala melepak sana sini tanpa arah tujuan bagi kaum adam. Katanya juga, sebagai ustazah beliau ingin melihat pelajarnya mengamalkan ilmu yang diajarnya sesempurna yang boleh. Walaupun beliau hanya bertanggungjawab ke atas diri pelajar semasa di sekolah tetapi beliau juga mengharapkan bantuan dari ibu bapa untuk membimbing dan memantau anak-anak mereka semasa berada di rumah. Sebab yang beliau meyarankan sedemikian ialah kerana sesetengah pelajar mempunyai perwatakan yang berbeza semasa berada di rumah dan di sekolah.

No comments:

Post a Comment