Sunday, March 6, 2011

KEKANGAN YANG DIHADAPI DALAM MENJALANKAN TUGAS

        Antara masalah yang beliau hadapi dalam menjalankan tanggungjawab ialah karenah pelajar, oleh kerana beliau dipertanggungjawabkan mengajar pelajar darjah dua beliau mengalami sedikit masalah dengan karenah pelajar keranah pelajar pada usia ini mempunyai sifat nakal yang tinggi dan sesetengah daripada mereka suka membuat bising semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, masalah pelajar susah faham terhadap ilmu yang cuba disampaikan. Oleh kerana slot ini diadakan pada waktu petang, pelajar kurang fokus kerana setelah seharian berada di sekolah. Mengantuk juga membuatkan mereka kurang perhatian seterusnya menyebabkan mereka kurang memahami apa yang diajar. Seterusnya  masalah gagal mengawal kelas. Mungkin usianya yang lebih muda dari ustazah yang lain membuatkan pelajar tidak berasa takut dan tidak patuh pada arahannya.Bagi mengatasi masalah ini beliau telah mngambil beberapa alternatif. Walaupun pun begitu beliau tidaklah menggunakan kekerasan kerana pelajar akan lebih memberontak jika menggunakan kekerasan. Antara cara beliau mengatasi masalah pelajar kurang focus ini ialah dengan mengadakan teki teki atau kuiz ringkas dan menyediakan hadiah kepada yang boleh menjawab. Hadiahnya hanya berupa makanan ringan seperti kek lapis dan gula-gula. Beliau beranggap mungkin dengan cara ini pelajar akan lebih berminat kerana pelajar pada peringkat umur 7-9 tahun ini masih berminat dengan hadiah yang beliau sediakan. Beliau juga cuba untuk menjadi lebih tegas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran supaya pelajar lebih memberi perhatian.

No comments:

Post a Comment